“Saya beli nasi lemak satu saja, kongsi dengan isteri. Saya jumpa sesuatu dalam nasi lemak, isteri saya kata itu ikan. Tapi ikan apa ada kaki? Lepas siram dengan air, baru nampak itu cicak. Nasib baik belum makan,” ujarnya ketika dihubungi oleh Astro AWANI.
Waseem yang telah menghantar aduan rasmi kepada AirAsia telah ditawarkan tiket penerbangan pergi-balik percuma dari Kuala Lumpur ke Kuching namun keputusan itu disindirnya melalui satu lagi kiriman Facebook:Waseem turut menyatakan keinginan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas AirAsia berikutan insiden tersebut.
“AirAsia telah berikan kami makanan yang kotor dan berbahaya kepada manusia,” tambahnya.
Ketika ditemubual, Waseem dalam perjalanan ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan mendakwa sakit perutnya masih belum reda selepas memakan nasi lemak tersebut.
EmoticonEmoticon