Pelik kan? macam mana la lelaki ni Lamar sampai 149 kali pon awek boleh tak perasan. Kali ke 149 baru la berjaya!
Smith dikatakan melamar Claire secara rahsia menggunakan sekeping kad yang tertulis, ‘Will you marry me?’ atau dalam bahasa Malaysia bermaksud, ‘Sudikah awak berkahwin dengan saya?’.
Difahamkan, Smith mendapat idea melamar teman wanitanya ketika mendapat tahu Claire mengandung sekitar Jun tahun lalu.
Smith merakam gambar 148 lamaran secara rahsia kerana mahu mendokumentari kahamilan Claire hari demi hari.
Dalam pada itu, Claire mengaku dia langsung tidak perasan lamaran rahsia ketika mereka merakamkan selfie kerana Smith tidak pernah menggunakan kamera hadapan.
Selain itu, Smith akan merakam sekeping lagi gambar selfie tanpa adanya kad ‘Will you marry me?’ dan menunjukkan pada Claire.
Akhirnya, semasa sambutan hari Krismas, Smith tidak lagi merakam gambar selfiemereka sebaliknya meletak kad lamaran itu bersama patung tanah liat untuk melamar Claire secara rasmi.
JOM TENGOK SUDUTAN VIDEO PENDEK SELFIE SELAMA 149 HARI TU.
JOM TENGOK SUDUTAN VIDEO PENDEK SELFIE SELAMA 149 HARI TU.
EmoticonEmoticon