Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,  Rayani Air hari ini mengumumkan operasinya diberhentikan sementara, hari ini.

Namun melalui pengumuman ringkas yang dibuat di Facebook rasminya itu tidak menyatakan sebarang alasan.
“Salam sejahtera, operasi Rayani Air diberhentikan buat sementara waktu untuk penyelenggaraan pengurusan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Segala masalah boleh hubungi Rayani Call Centre,” umum syarikat penerbangan yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan itu.


Ada penumpang mendakwa juruterbang Rayani Air telah melancarkan mogok hingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga penerbangan dibatalkan,

semalam.Rayani Air turut berkongsi laporan berita mengenai juruterbangnya yang didakwa mogok itu di Facebook rasminya itu

Rayani Air