Wanita tersebut adalah Doktor Harlina Halizah dari PPUKM, mengirimkan pesanan kepada seorang peniaga yang ditemuinya di google.
Bagaimanapun cara layanan yang diterima Dr Harlina membuatkan dia tidak begitu gemar kerana peniaga tersebut hanya menggunakan gelaran 'awak'.
"Kalau boleh, jangan guna perkataan awak (awak?) bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye. Kurang sopan esp sebab saya ini seorang yang sudah berumur 50 tahun. Elok kalau guna panggilan 'puan' atau gunakan title saya iaitu doktor," katanya.
Bagi Dr tersebut, cara gelaran itu tidak profesional semasa berkomuniasi dengan pelanggan.
Seperti biasa, ada yang menyokong penyataan Dr ini dan ada pula yang tidak menggemari apa yang dilakukan oleh Dr ini kerana dianggap terlalu mementingkan gelaran.
"Sedangkan kita bila berdoa kepada Allah, boleh sebut 'kau' dan 'aku' menandakan kita amat dekat kepada Pencipta. Apatah lagi Doktor ini cuma manusia biasa," kata Mac Jai Rostov.
kini tengok pulak apa jawapan Amran pasal Dr ni ..
EmoticonEmoticon